Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Calon BN hasrat bina dewan di Kukusan untuk belia beriadah
Published on: Monday, September 21, 2020
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Calon BN hasrat bina dewan di Kukusan untuk belia beriadah
Gambar: mykmu.net
TAWAU: Calon Barisan Nasional (BN) untuk DUN Kukusan, Chaya Sulaiman berkata beliau sedih melihat belia di Kampung Muhibbahraya yang jaraknya hanya 10 minit dari bandar Tawau tiada kemudahan beriadah.

Justeru itu, Ketua Wanita Umno Kalabakan itu berkata beliau berhasrat membina sebuah dewan di kampung yang menjadi antara penempatan terawal daerah ini sekiranya diberikan mandat selaku wakil rakyat pertama di DUN Kukusan.

“Sebagai ibu, saya sangat sayang dengan anak-anak belia kampung Muhibbahraya ini tapi saya berasa sedih dan terharu melihat mereka bermain sepak takraw di halaman rumah mereka kerana tiada tempat dan ruang untuk beraktiviti,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra beliau bersama penduduk Kampung Muhibbahraya di sini, pada Sabtu malam.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here