Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Risda main peranan bantu tingkat ekonomi pekebun kecil menerusi AET
Published on: Monday, September 28, 2020
Text Size:

Risda main peranan bantu tingkat ekonomi pekebun kecil menerusi AET
Mohd Salim memerhati kaedah penggunaan mesin heat press yang diterima Louna menerusi bantuan AET bernilai RM10,000.
Kota Kinabalu: Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) yang diusahakan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berjaya membantu pekebun kecil bagi menceburi bidang lain dalam usaha untuk menjana pendapatan tambahan.

Menerusi bantuan AET ini, Risda merancang beberapa pelan tindakan yang ternyata lebih berkesan untuk menggalakkan pekebun kecil melibatkan diri dalam aspek keusahawanan. Program AET sebelum ini diwujudkan susulan harga komoditi getah yang tidak menentu di samping bagi meningkatkan sosio ekonomi pekebun kecil di negara ini.

Mohd Salim (dua dari kanan) meneliti logo baju yang disulam di premis percetakan baju milik Louna (kanan).

Selain itu, terdapat beberapa insiatif pembangunan usahawan lain turut disediakan buat pekebun kecil yang berdaftar dengan Risda antaranya seperti Pembangunan Produk; Premis dan Pemasaran; Pameran dan Promosi serta Jaringan Strategik.

Bagi melihat secara dekat pembangunan pekebun kecil Risda ini, Pengerusinya, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif barubaru ini turut berkesempatan melawat beberapa premis usahawan AET sekitar negeri Sabah yang berjaya menempa nama susulan kejayaan dalam perniagaan masing-masing.

Lalim (kanan) bersama Mohd Salim (dua dari kanan) membuat gimik pelancaran sewaktu berkunjung ke Pantai Rang Bulan, baru-baru ini.

Menerusi lawatannya, Mohd Salim berkata, pihaknya turun padang bagi mendekati usahawan AET di negeri bawah bayu itu di mana ada di antaranya terdiri daripada generasi kedua pekebun kecil di bawah bimbingan mereka. “Menerusi lawatan ini, saya amat kagum apabila melihat bagaimana generasi kedua pekebun kecil ini mengusahakan perniagaan mereka menerusi program AET.

“Ini menunjukkan kemampuan dan kesungguhan anak muda untuk berdikari bagi menghasilkan perniagaan sendiri malah ia sekali gus membantu menjana pendapatan buat penduduk setempat,” katanya. Dalam pada itu, Mohd Salim berkata, sejak pelaksanaan AET, program tersebut dilihat mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan pekebun kecil yang berdaftar dengan Risda.

Menurut beliau, Risda telah menyediakan peruntukan sebanyak RM40.7 juta buat seluruh pekebun kecil berdaftar dan dari jumlah itu, RM28 juta dikhususkan untuk program AET tersebut.

“Saya yakin dan percaya kejayaan ditunjukkan oleh usahawan-usahawan AET ini dapat menjadi contoh kepada masyarakat di luar sana,” katanya. Sementara itu, salah seorang usahawan AET, Louna Radin, 52, berkata, dia mula mendapat bantuan menerusi program berkenaan sejak tahun 2018 setelah menerima pemberian mesin ‘heat press’ bernilai RM10,000 bagi mengembangkan perniagaan percetakan baju yang diusahakan bersama keluarga.

Louna berkata, sejak itu, Risda sentiasa membimbingnya untuk meneruskan perusahaan tersebut malah anaknya turut dihantar mengikuti kursus di Kelantan bagi mendalami perniagaan percetakan baju.

Mohd Salim mencuba kaedah percetakan silk screen pada salah satu baju ketika mengunungi kedai Louna yang menerima bantuan AET

“Sejak itu, perniagaan kami menunjukkan keuntungan semakin baik malah kami turut mengembangkan lagi perniagaan ini dengan menyediakan perkhidmatan sewaan dewan, restoran, dobi dan hotel di bawah perusahaan Kawanua Enterprise,” katanya. Lebih mengharukan, Louna berkata, sejak negara dilanda pandemik Covid-19, Risda telah memainkan peranannya dengan begitu baik dan turut memberi semangat kepada mereka sekeluarga untuk meneruskan perusahaan tersebut.

“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, kami memang sudah putus asa selepas berdepan pelbagai cabaran khususnya bagi melunaskan bayaran sewaan premis sekitar RM10,000 sebulan.

“Namun, Risda amat prihatin dan sentiasa mengikuti perkembangan kami dengan memberi semangat serta motivasi agar kami dapat bertahan untuk meneruskan perusahaan ini,” katanya. Sementara itu, salah seorang usahawan AET yang menjalankan perusahaan inap desa di Pantai Rang Bulan, Kota Belud, Lalim Kandiyong, 55,berkata, Risda telah banyak menyokong perniagaannya itu yang sebelum ini hanya bermula dengan sebuah chalet sekitar tahun 2014.

Mohd Salim bersama pegawai Risda dan Lalim bergambar kenangan sebagai tanda kenangan.

Lalim berkata, dia mula menerima bantuan menerusi AET pada tahun 2018 sebanyak RM10,000 bagi menambah perkhidmatan di di Pantai Rang Bulan seperti sewaan bot pelancongan dan bot memancing laut dalam serta aktiviti-aktiviti rekreasi sukan air. “Pada tahun ini, saya sekali lagi terima bantuan AET sebanyak RM10,000 untuk menjalankan penambahbaikan di lima buah chalet di sini.

“Bantuan AET ini sememangnya diluar jangkaan saya kerana pada mulanya, saya ingat Risda hanya memberi bantuan melibatkan getah tapi rupanya terdapat juga inisiatif seperti ini,” katanya. Selain itu, seorang usahawan AET yang menjalankan ternakan itik penelur, Hamzah Bukit, 73, berkata, sejak bersara sebagai anggota polis pada tahun 2015 lalu, perniagaan yang diusahakannya itu menjadi pendapatan sampingan buat dia sekeluarga.

Antara itik yang dipelihara Hamzah di ladang ternakannya.

Hamzah berkata, buat masa ini, kandang ternakannya yang terletak di Kg Kota Belud itu mampu menjana keuntungan sekitar RM4,000 sebulan dengan kapasiti lebih 400 ekor itik. “Sebelum terima bantuan AET ini, saya hanya dapat jana sekitar RM800 sebulan. “Namun, hasil bantuan Risda, kini jumlah pendapatan dan hasil penetasan telur semakin bertambah berikutan beberapa penambahbaikan yang dilaksanakan,”katanya. Menerusi AET, Hamzah berkata, dia menerima bantuan untuk membuat beberapa penambahbaikan ke atas kandang itiknya serta membeli mesin penetas telur.

“Saya juga turut membuat proses penetasan anak itik dan membekalkan telur masin kepada peniaga serta peruncit di Pasar Kota Belud,” katanya. Tambahnya, sokongan serta bantuan Risda sebelum ini banyak membantunya untuk memperluaskan lagi jaringan pasaran telur itik yang diusahakannya itu. “Saya amat berterima kasih kepada Risda yang tidak henti memberi sokongan untuk memastikan perniagaan saya kekal berdaya saing,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here