Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Dua penagih dadah tegar didakwa
Published on: Saturday, October 17, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Dua penagih dadah tegar didakwa
Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing didakwa mengambil syabu berulang kali.

Mohd Kahar Hamdan dan Nurzalina Gazali, kedua-duanya berumur 28, dibawa ke hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Noor Hafizah Mohd Salim, untuk menghadapi pertuduhan pada Jumaat.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada mereka kerana masih menunggu laporan ahli kimia berhubung dadah itu serta rekod sabitan mereka.

Kedua-dua mereka dituduh menagih dadah pada jam 10 pagi, 11 Oktober tahun ini di kawasan bandaraya.

Mereka didakwa mempunyai dua sabitan terdahulu bagi kesalahan menagih dadah.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dibaca bersama Seksyen 39C(1) Akta sama memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun dan tujuh tahun serta tidak melebihi tiga sebatan.

Mahkamah menetapkan 17 November untuk sebutan kes mereka dan tiada ikat jamin ditawarkan sementara menunggu tarikh itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya Awam Mas Izzaty Lokman memaklumkan mahkamah bahawa laporan patologi dan rekod sabitan mereka dari Bukit Aman belum tersedia.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here