HEADLINES :




Tiga PTI dihukum penjara
Published on: Saturday, October 17, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:


Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Dua lelaki dan seorang wanita dipenjara dua bulan setiap seorang kerana memasuki negeri ini secara haram.

Mereka ialah Ladik Ismail, Dindin Hussin dan Sauron Jamsun.

Ketiga-tiga pendatang tanpa izin itu mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat, terhadap pertuduhan yang dibuat ke atas mereka.

Mereka ditangkap secara berasingan di pusat bandaraya baru-baru ini selepas gagal menunjukkan dokumen masing-masing.

Kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda sehingga RM10,000 dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketika menjatuhkan hukuman, mahkamah berkata memandangkan situasi semasa pandemik Covid-19, hukuman sebat tidak dikenakan ke atas pendatang tanpa izin disebabkan kesesakan dalam penjara.

Mahkamah memerintahkan ketiga-tiga pendatang tanpa izin itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjara mereka untuk diusir secepat mungkin.

Ketika mitigasi, ketiga-tiga warga asing itu meminta dihantar pulang ke negara asal mereka secepat mungkin.

Lalik memberitahu mahkamah bahawa dia telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak, sambil menambah ibu bapanya ketika ini berada di Filipina.

Sementara itu, Sauron yang memberitahu kepada mahkamah bahawa dia berada di Sabah sejak berumur 10 tahun, berkata Dindin adalah anaknya.

Dia menambah bahawa suaminya juga ditangkap dan ketika ini berada dalam lokap.

Dindin berkata dia lahir di Sabah.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular