Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Jenis mutasi D614G mungkin jadi punca
Published on: Sunday, October 18, 2020
By: Bernama
Text Size:

Jenis mutasi D614G mungkin jadi punca
Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Kesihatan Tan  Sri Dr Noor Hisham Abdullah (gambar) hari ini berkata jangkitan lebih cepat dalam kontak rapat yang terdedah kepada kes positif COVID-19 di Sabah dan Kedah mungkin disebabkan virus itu daripada jenis mutasi D614G.

Beliau berkata walaupun 70 hingga 80 peratus pesakit Covid-19 di Sabah berada pada tahap satu (tidak bergejala) dan dua (bergejala ringan) serta nilai “Cycle Threshold” (CT) mereka dalam ujian ‘reverse transcription polymerase chain reaction’ (RT-PCR) adalah rendah, sebenarnya ia bermakna kadar kebolehjangkitannya yang tinggi.

“Sebab itu kita asingkan pesakit di beberapa pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah selama 14 hari kerana kebolehjangkitan akan berkurangan selepas 10 hari,” katanya dalam sidang media mengenai Covid-19 secara maya menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dalam hantaran di Facebooknya malam Jumaat lepas, Dr Noor Hisham menjelaskan lagi sekiranya nilai kitaran ambang atau ‘Cycle Threshold (CT) value’ dalam ujian pesakit positif Covid-19 adalah rendah, bermakna kadar kebolehjangkitan wabak adalah tinggi.

Beliau berkata jika nilai CT didapati rendah ia turut menunjukkan bahawa pengesanan kes dan ujian di RT-PCR dibuat di peringkat awal jangkitan, kesan virus dalam badan tinggi dan jangkitan wabak adalah pada peringkat awal.

“Ia juga ada kemungkinan disebabkan kesan mutasi protein ‘spike’ atas permukaan virus yang meningkatkan kebolehjangkitan dengan ‘kesan virus’ yang tinggi,” katanya.

Nilai CT merujuk kepada bilangan kitaran yang diperlukan untuk penumpuan ‘fluorescent’ (cahaya pada sel virus) yang memberikan isyarat untuk melintasi paras nilai ambang dan dikesan sebagai positif.

Dr Noor Hisham berkata kebiasaanya dalam ujian RT-PCR mempunyai lebih kurang 40 kitaran untuk mendapatkan bacaan positif.

Beliau menjelaskan perkara yang sebaliknya berlaku jika pengesanan nilai CT adalah tinggi, bermakna jangkitan wabak berada di peringkat akhir dengan kadar kebolehjangkitan di paras rendah.

“Ini bermaksud, pengesanan kes dan ujian RT-PCR dijalankan di peringkat lewat dan ada kemungkinan jangkitan kes dalam peringat pemulihan,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here