Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Penduduk terjejas angin kencang akan dibantu
Published on: Sunday, October 18, 2020
By: Utusan Borneo
Text Size:

Penduduk terjejas angin kencang akan dibantu
KEADAAN Pasar Tamu Sementara yang terjejas dalam kejadian itu.
PUTATAN: Beberapa struktur bangunan dan rumah terjejas dalam insiden cuaca buruk di daerah Putatan, lewat malam Jumaat lepas.

Antara lokasi yang terkesan akibat ribut dan angin kencang kira-kira jam 10 malam Jumaat hingga 1 pagi Sabtu itu adalah Pasar Tamu Sementara Putatan dan Kampung Pasir Putih, Putatan. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya berkata pihaknya telah mengambil langkah utama dalam mengenal pasti kerosakan-kerosakan akibat kejadian itu. Jelas Shahelmey, pihaknya melalui Majlis Daerah Putatan (MDPTN) turut meminta jurutera daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Sabah untuk menilai integriti struktur pasar yang terjejas. “Pagi ini saya telah melawat tapak Pasar Sementara Putatan yang berada di belakang Dewan Sri Putatan, Kampung Pasir Putih Putatan, sebahagian daripada struktur atap pasar tersebut telah rosak ditiup angin kencang semalam. “Ini mengakibatkan beberapa peniaga di Pasar Sementara tersebut tidak dapat menjalankan perniagaan. “Bagaimanapun, kami bersama pihak Majlis Daerah Putatan telah bersetuju untuk membina atau menyediakan khemah-khemah sementara supaya peniaga-peniaga di pasar itu dapat berniaga meneruskan perniagan harian mereka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan di sekitar daerah Putatan, pada Sabtu.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Putatan, Zainuddin Awang; Pegawai Eksekutif MDPTN, Abd Said Embok dan Pegawai Kebajikan Putatan, Saira Tapa. Sementara itu, Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Keramat turut mengadakan tinjauan ke beberapa buah rumah penduduk di Kampung Pasir Putih, Putatan yang terjejas selepas bumbung kediaman mereka diterbangkan angin kencang Jumaat lepas. “Kami juga melawat ke SK Pekan Putatan yang turut terjejas sedikit dan tiga buah rumah penduduk kampung yang turut mengalami kerosakan bumbung rumah rumah mereka. “Alhamdulillah, Jabatan Kebajikan ada bersama kita dan akan membantu urusan berkenaan,” katanya. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here