Remaja didakwa miliki dadah
Published on: Tuesday, October 20, 2020
By: Jo Ann Mool
Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin bagi kesalahan memiliki dadah.Tiada pengakuan direkodkan daripada remaja berumur 17 tahun itu selepas dia dimaklumkan oleh mahkamah mengenai pertuduhan ke atasnya, yang mana berat bersih belum diperolehi, menunggu laporan ahli kimia.ADVERTISEMENT
Dia didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Inspektor Lim Swee Beng memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan akhlak tertuduh dan mencadangkan ikat jamin RM4,000 dengan ibu bapanya sebagai penjamin.
Peguam bertugas Lim Ming Zoong @ Lawrence, memohon jumlah ikat jamin lebih rendah.
Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan 17 Disember ini untuk sebutan kes di Mahkamah Kanak-Kanak sementara menunggu laporan ahli kimia dan membebaskan tertuduh dengan jaminan RM1,000 tidak didepositkan dengan ibunya sebagai penjamin.ADVERTISEMENT
Sementara itu, kes seorang jurutaip yang didakwa menipu 127 orang sebanyak RM5,334 dijadual semula kepada 4 November untuk sebutan bagi menetapkan tarikh perbicaraan baharu.
Rohani Mohd Ismail sepatutnya dibicarakan selama dua hari tetapi kesnya ditunda disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
ADVERTISEMENT
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.30 petang pada 22 November, 2018 di Areney Enterprise, Jalan Haji Yaakob di Kg Air di sini.
Pertuduhan ke atasnya menyatakan bahawa Rohani didakwa menaip 127 pucuk surat yang dialamatkan kepada seorang bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk memohon sokongan bagi meluluskan pendaftaran permit masuk dan kad MyPR.
Dakwaan itu turut menyatakan bahawa Rohani didakwa menipu orang ramai dengan membuatkan mereka percaya bahawa surat permohonan seperti itu boleh menukar dokumen IMM13 menjadi MyPR yang mendorong mangsa membayarnya RM42 bagi setiap permohonan.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Menurut kertas pertuduhan, Rohani didakwa menerima sejumlah RM5,344 daripada 127 orang pada hari itu.
Pada 11 Jun, 2019, Rohani meminta dibicara terhadap dakwaan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu dan 10 tahun, dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.