Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


14 kes berkaitan dadah ditunda disebabkan PKPB
Published on: Thursday, October 22, 2020
By: Jo Ann Mool
Text Size:

14 kes berkaitan dadah ditunda disebabkan PKPB
Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Sebanyak 14 kes mereka yang didakwa melakukan pelbagai  kesalahan berkaitan dadah telah ditunda sehingga Disember untuk tarikh sebutan yang lain.

“Kes-kes mereka sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu tetapi kes-kes itu dijadual semula disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sepuluh daripada mereka didakwa menagih syabu seperti pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau sehingga dua tahun penjara jika sabit kesalahan.

Sementara itu, empat lagi tertuduh didakwa memiliki syabu seperti pertuduhan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau tidak melebihi lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Laporan-laporan ahli kima kes-kes mereka telahpun diperolehi dan mahkamah menetapkan 1 Disember untuk tarikh sebutan akan datang bagi 13 daripada mereka.

Kesseorang lagi tertuduh disebut pada 19 November, sementara menunggu laporan akhlak.

Sementara menunggu tarikh sebutan, sembilan tertuduh diperintah terus ditahan reman.

Lima lagi, yang berada dalam jaminan mahkamah, dibebaskan dengan ikat jamin dilanjutkan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here