Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Sabah wujud jawatankuasa pemulihan industri pelancongan
Published on: Friday, October 23, 2020
By: Bernama
Text Size:

Sabah wujud jawatankuasa pemulihan industri pelancongan
JAFRY dan yang lain semasa perjumpaan itu.
Kota Kinabalu: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka dan melaksanakan langkah memulihkan industri pelancongan pasca-Covid-19, di negeri ini, kata Menterinya Datuk Jafry Ariffin.

Beliau menerusi kenyataan pada Khamis berkata jawatankuasa itu bakal dianggotai semua wakil pemain industri pelancongan untuk membicarakan strategi pemulihan industri pelancongan negeri Sabah yang terjejas akibat Covid-19.

“Satu sesi perjumpaan dan perbincangan bersama pemain industri telah diadakan di Wisma Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu pagi tadi bagi membincangkan perkara ini dan langkah-langkah memulihkan industri pelancongan negeri,” katanya.

Turut hadir dalam perjumpaan itu adalah Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Noredah Othman, Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Datuk Tan Kok Liang, Pengerusi Matta Sabah Lawrence Chin, Presiden Sabah Travel and Ticketing Datuk Seri Winston Liaw, Presiden Persatuan Pemandu Pelancong Sabah Grace Leong, Pengerusi Bertindak Persatuan Hotel Malaysia Sabah Hafizan Wong, Naib Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Sabah Terence Sak dan Timbalan Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Bumiputra Negeri Sabah Dabalun Balau.

Jafry berkata antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan peruntukan khas kerajaan bagi membantu industri pelancongan dan kebajikan pekerja yang terkesan akibat Covid-19.

“Kementerian (Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah) akan bekerjasama dengan beberapa agensi untuk memperhalusi pandangan yang dikemukakan pemain industri pelancongan terutamanya berkaitan dengan bantuan yang disalurkan oleh mereka,” katanya. Sementara itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai dalam kenyataan sama berkata jawatankuasa pemulihan industri itu dijangka mengadakan mesyuarat pertama minggu depan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam jawatankuasa itu yang bakal membincangkan pelan tindakan strategik untuk memperkasa industri pelancongan yang terjejas berikutan impak wabak Covid-19.

Sementara itu, STB menggesa semua pemandu pelancong, jurulatih selam dan dive master Sabah untuk menghantar gambar terbaik mereka yang diambil di lapangan dengan fokus pada destinasi negeri ini.

Noredah berkata kempen itu, Photounity Sabah Tour Guide Edition, bertujuan untuk memperbaharui koleks STB dengan gambar dan imej terbaharu untuk aktiviti pemasaran dan promosi pelancongan.

“Kempen ini akan bermula bulan ini dan berakhir pada 30 November,” katanya dalam kenyataan, Khamis.

“Pemilik gambar terpilih akan menerima tunai RM250 bagi setiap gambar.”

Beliau berkata pemandu pelancong dan mereka yang bekerja di pusat peranginan dan tapak menyelam lazimnya mempunyai peluang besar untuk mengambil gambar detik luar biasa berkaitan pelancongan.

“Kempen ini akan menjadi sumber terbaik untuk gambar khususnya pada waktu ini apabila pasukan kami tidak dapat bergerak disebabkan sekatan, dan lagi pun pemandu-pemandu pelancong mungkin sudah ada gambar-gambar ini.

“Dengan itu, kami menggalakkan semua pemandu pelancong, jurulatih selam dan dive master Sabah untuk mengambil peluang ini untuk berkongsi detik luar biasa mereka supaya kami dapat menceritakan kisah mereka melalui gambar dan imej yang mereka ambil,” katanya.

Untuk penyertaan dan maklumat lanjut, sila lawat laman sesawang korporat STB dan lihat pengumumannya di tourism.sabah.gov.my/phototunity/.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here