Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki didakwa ambil syabu lagi
Published on: Friday, October 23, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Lelaki didakwa ambil syabu lagi
Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 31 tahun didakwa mengambil syabu secara berulang.

Jul Ahmad dibawa ke hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Dana Arabi Wazani yang duduk sebagai Hakim Mahkamah Sesyen, untuk menghadapi tuduhan terhadapnya itu pada Khamis.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Jul sementara menunggu laporan kimia bagi dadah itu.

Mahkamah menetapkan 18 November untuk sebutan kes dan memerintah Jul direman lanjut sementara menunggu tarikh itu.

Jul dituduh mengambil dadah itu ada pukul 5 petang 10 Oktober tahun ini selepas kencingnya didakwa diuji positif dadah di balai polis di sini.

Tuduhan menyatakan bahawa Jul mempunyai tiga rekod sabitan lampau kerana mengambil dadah.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya itu dibaca dengan Seksyen 39C(1) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun dan tujuh tahun, dan sebatan tidak melebihi tiga kali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Faezah Jafry membantah ikat jamin bagi Jul.

Faezah juga memberitahu mahkamah bahawa Jul diuji negatif untuk Covid-19.

Jul tidak diwakili peguam.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here