Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Rasuah: Bicara dua anggota polis dijadual semula
Published on: Saturday, October 24, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Rasuah: Bicara dua anggota polis dijadual semula
Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Perbicaraan dua anggota polis yang didakwa menerima rasuah RM300, dijadual semula.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat membuat perintah itu bagi Lans Koperal Mohd Faizal Nor, 31, dan Koperal Alzohari Md Suhaili, 44.

Kes mereka sepatutnya diteruskan perbicaraan pada Jumaat.

Tarikh baharu untuk sambungan perbicaraan akan ditetapkan kemudian.

Mohd Faizal dan Alzohari dituduh menerima rasuah daripada Muhammad Elham Ahmad sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya (Muhammad) yang tidak mempunyai dokumen pengenalan sah.

Jenayah itu didakwa berlaku antara jam 1 tengah hari dan 3.50 petang pada 4 Julai 2016 di depan bangunan Oceanus Waterfront Mall, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah rasuah diterima atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Dua tertuduh kini masing-masing dilepaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan deposit RM3,000 dan seorang penjamin tempatan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here