HEADLINES :


ADVERTISEMENT



157 kampung di Matunggong perlu jalan dinaik taraf: Adun
Published on: Saturday, November 21, 2020
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:


JALAN raya utama yang menghubungkan 157 kampung di Matunggong.
MATUNGGONG: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Matunggong, Datuk Julita Majungki dalam usaha memperjuangkan nasib kira-kira 157 kampung termasuk dua sekolah rendah di daerah ini yang masih bergantung penuh dengan jalan raya tidak berturap (kelikir).

Menurut Julita, jalan raya tidak berturap sejauh kira-kira 130 kilometer itu yang menghubungkan kebanyakan kampung di sekitar Daerah Kecil Matunggong merupakan jalan raya di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

Julita yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat berkata, beliau sedang dalam usaha memperjuangkan agar jalan raya itu bukan sahaja diselenggara berulang kali, sebaliknya mahu agar jalan raya itu dinaik taraf atau berturap satu hari nanti.




ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular