HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Warga Filipina miliki MyKad orang lain dijel 3 bulan
Published on: Saturday, November 21, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:


Gambar AFP.
Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina berumur 37 tahun yang sebelum ini dipenjara tiga bulan kerana memasuki negeri ini secara haram, dipenjara tiga bulan lagi kerana memiliki MyKad orang lain.

Majistret Lovely Natasha Charles menjatuhkan hukuman itu kepada Alwadan Burhan yang mengaku bersalah kepada tuduhan terhadapnya itu.

Alwadan didapati memiliki MyKad dengan nombor siri 760225-12-5827 di bawah nama Ashil Billahi pada pukul 3.50 petang 6 November tahun ini di Sulaman Sentral di Jalan Sepanggar, dekat sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 25 (1) (o) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda antara RM3,000 dan RM20,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam memohon hukuman ringan, Alwadan berkata dia mempunyai dua anak yang kini bersama dengan isterinya di Filipina.

Dia mendakwa dia menjumpai dokumen itu di kawasan tersebut dan menggunakannya untuk mencari kerja untuk menyara hidup.

Bagaimanapun, Inspektor Lim Swee Beng menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap Alwadan.

Mahkamah mendengar bahawa Alwadan ditahan oleh polis semasa pemantauan Ops Covid-19 yang dijalankan di kawasan itu.

Alwadan yang berkelakuan mencurigakan pada waktu itu, diminta untuk menunjukkan dokumennya dan dia memberikan MyKad itu yang kemudiannya didapati bukan milik Alwadan.

Siasatan lanjut mendedahkan bahawa pemilik sebenar dokumen itu telah kehilangan dokumennya dua tahun lepas.

Selepas menjalani hukuman penjaranya, Alwadan diperintah rujuk ke Jabatan Imigresen untuk pengusiran.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular