HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Kes baharu dijangka melonjak
Published on: Sunday, November 22, 2020
By: Anthea Peter
Text Size:

Kota Kinabalu: Bilangan kes positif Covid-19 baharu di Ibu Negeri dijangka melonjak kerana ujian saringan besar-besaran masih dilaksanakan di Skim Penempatan Telipok dan Kg Numbak, di sini.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun (gambar) berkata terdapat kira-kira 21,000 penduduk di kawasan itu.

“Keputusan ujian saringan ini, yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Sabah, dijangka menyumbang kepada peningkatan mendadak kes bagi Kota Kinabalu dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan, Sabtu.




ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular