Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


jalankan tugas dengan komitmen, integriti: Hajiji
Published on: Tuesday, November 24, 2020
By: Bernama
Text Size:

jalankan tugas dengan komitmen, integriti: Hajiji
PPM Sulaman, Murnih (kiri) menerima watikah lantikannya daripada Hajiji (kedua, kanan) sambil diperhatikan oleh Matbali (kanan) dan yang lain.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor mengingatkan semua Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) supaya melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh integriti dan komitmen, bagi membantu rakyat di kawasan masing-masing.

Katanya semua PPM dituntut supaya membantu wakil rakyat di kawasan masing-masing, memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

“Sekiranya saya dapati ada PPM yang gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik, saya sebagai Ketua Menteri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan, ini bagi memastikan aspirasi rakyat yang memilih kerajaan, dipenuhi,” katanya.

Berucap selepas menyaksikan majlis mengangkat sumpah dan penyerahan watikah lantikan kepada 44 PPM di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini, Isnin, beliau berkata, PPM yang efisien juga membentuk asas yang kukuh di peringkat akar umbi, yang kemudiannya akan mewujudkan kerajaan yang teguh.

Hajiji berkata pelantikan PPM akan membuka laluan untuk pelantikan pemimpin akar umbi lain termasuk Pegawai Pembangunan Masyarakat, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) antara lain.

Beliau turut mengingatkan PPM bahawa kerajaan hari ini berhadapan dengan cabaran hebat disebabkan pandemik Covid-19.

“Kita perlu bekerja keras untuk menggerakkan aktiviti bagi memulihkan ekonomi, namun ketika ini memang ia dihimpit oleh masalah sekatan pergerakan. Diharapkan apabila pandemik ini akhirnya tiada lagi di Sabah, kita akan dapat bekerja lebih keras lagi bagi melonjakkan ekonomi negeri,” katanya.

Hadir sama, pembantu menteri, wakil rakyat dan Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyararakat (UPPM), Datuk Matbali Musah.

PPM yang mengangkat sumpah di bawah fasa pertama adalah Suraya Asek @ Eyan Abd Rashik (Ibu Pejabat UPPM), Murnih Lamsari (Sulaman), Abu Bakar Gapar (Lamag), Jewin @ Patrick Paunil (Tambunan), Dounis Sany (Kundasang), Rosdi Abd Ghani (Karanaan), Madin Anak (Tamparuli), Saruji Abdul Rahman (Membakut), Samry @ Sami Sher Mohammad (Sukau), Mohd Sufian @ Eddie Matin (Tanjung Keramat), Matlan Tman (Karambunai), Tony Talasoy (Sook), Mohd Hisyamuddin Harun (Paginatan), Kamarul Anuar Ahmad @ Augustine (Bandau), M. Aziriansyah Ali (Apas), Jepinus Kimun (Kuala Penyu), Junior Fred Vincent (Bingkor), Jalil Atang (Sugut), Majawab Masantun (Tandek), Mohd Rosli Ibrahim @ Dulaim (Pantai Manis), Matjun @ Yunus Mathon (Klias), Berahim Nasib (Sungai Sibuga), Rafael Rindan @ Rafael Lindan (Labuk), Mohamad Lahab Enul (Bengkoka), Golubi Guntarek (Kiulu), Marius Masain (Matunggong), Casmir Silip (Tulid), Ramlah Nasir (Pitas), Saharuddin Salleh (Tanjung Batu), Jamlan Saparan (Pintasan), Sigam Angor (Tempasuk), Amran Disah (Usukan), Rosli Ibrahim (Kawang), Dioslin Alin @ Augustine (Lumadan), Sani Miasin (Sindumin), Frederick Philip @ Fred Toyong (Liawan), Sabili Ahunang (Kemabong), Deckson Anthony @ Andipai (Nabawan), Marcellus Jaffery (Telupid), Isgau Abdullah (Sungai Manila), Tokyo Abdul Hasim B Saulid Kandan (Kuamut), Amran Karim (Balung), Mizma Appehdullah (Segama), dan Hussin Mohd Rais (Kunak).





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here