HEADLINES :




Syor wujud satu kampung satu industri di Kundasang
Published on: Tuesday, November 24, 2020
By: Clarence Dol
Text Size:


JOACHIM melihat pameran kraftangan jed di Kg Nalumad.
RANAU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam berharap satu industri akan diwujudkan di setiap kampung di kawasan mengundinya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kundasang berkata langkah itu bukan mustahil kerana Sabah merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai sumber tradisi yang boleh dikomersialkan.

Joachim berkata beliau akan menyokong industri-industri yang mempunyai potensi untuk dimajukan bagi membantu meningkatkan ekonomi rakyat.

Berucap pada pelancaran Kraftangan Jed Kinabalu dan Persatuan Kinabalu Jade Eco Tourism di Kampung Nalumad di sini, beliau berkata industri ekopelancongan jed merupakan idea yang baik.

 




ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular