Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Kes lelaki didakwa laku amang seksual disebut 8 Dis
Published on: Tuesday, November 24, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Kes lelaki didakwa laku amang seksual disebut 8 Dis
Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Kes seorang lelaki berumur 27 tahun yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun, ditetapkan untuk sebutan pada 8 Disember.

Mahkamah Sesyen itu menetapkan tarikh tersebut bagi Mohamad Rafizan Rushlan, memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dilaksanakan.

Mohd Rafizan dituduh melakukan kesalahan itu dengan mencium kanak-kanak itu pada puku 2.55 petang pada 6 Disember 2019 di ruang tangga Taman Tun Said di Kota Belud.

Kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu membawah hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mohamad Rafizan kini ditahan di bawah Seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah sementara menunggu pelupusan kes.

Sementara itu, perbicaraan kes membabitkan dua lelaki yang didakwa dengan dua tuduhan menyimpan barang curi, telah dilapangkan.

Bobbito Dongkong dan Freymickey Hilery Able, kedua-duanya berumur 25 tahun, sepatutnya dibicarakan pada Isnin dan Selasa, tetapi disebabkan pelaksanaan PKPB, perbicaraan itu dilapangkan.

Pengurusan kes prabicara baharu adalah pada 14 Disember tahun ini.

Bagi tuduhan pertama, mereka dituduh menyimpan lapan bateri curi pada pukul 10.20 malam 6 April tahun ini di sebuah pondok pengawal keselamatan di Jalan KKIP, dekat sini. Bagi tuduhan kedua, Bobbito dan Freymickey didakwa menyimpan lapan bateri curi lagi di tempat dan masa yang sama.

Sementara menunggu tarikh itu, ikat jamin kedua-dua tertuduh dilanjutkan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here