SESB potong bekalan elektrik bil tertunggak lebih 9 bulan
Published on: Wednesday, November 25, 2020
By: Bernama
Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan pemotongan bekalan elektrik terhadap pengguna yang mempunyai jumlah bil tertunggak melebihi sembilan bulan, bermula 6 Disember ini.Pengurus Besar Kanan Bahagian Pengurusan Aset SESB, Norhizami Abu Hasan dalam kenyataan pada Isnin lepas berkata pengguna dinasihatkan menjelaskan bil elektrik yang tertunggak bagi mengelakkan pemotongan bekalan.ADVERTISEMENT
Beliau berkata pihaknya memahami terdapat pengguna yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, justeru SESB akan memberikan ruang kepada mereka terlibat berbincang bagi mencari jalan penyelesaian tunggakan bil elektrik itu.
“Pengguna yang mempunyai kekangan kewangan untuk menjelaskan tunggakan bil elektrik boleh menghubungi pegawai di pejabat SESB berdekatan bagi tujuan perbincangan kaedah pembayaran yang bersesuaian,” katanya.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Menurutnya adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk menjelaskan segera bil elektrik masing-masing setiap bulan dan keputusan SESB itu adalah disebabkan jumlah tunggakan bil pengguna yang telah mencecah jutaan ringgit.
“Rekod kami menunjukkan terdapat kumpulan pengguna yang tidak membayar bil elektrik selama lebih sembilan bulan dan secara tidak langsung keadaan ini akan memberikan impak yang besar kepada SESB,” katanya. “Notis pemotongan untuk menjelaskan bil akan dikeluarkan kepada pengguna berkaitan bermula Selasa (24 November), di mana pengguna akan diberi tempoh selama tujuh hari bekerja untuk memastikan tunggakan bayaran bil elektrik mereka dapat dijelaskan,” tambahnya.