Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki mengaku tidak salah rogol anak tiri
Published on: Wednesday, November 25, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Lelaki mengaku tidak salah rogol anak tiri
Gambar: edgemarkets.com
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 45 tahun didakwa merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun.

Lelaki itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz kepada tuduhan terhadapnya pada Selasa.

Dia dituduh merogol remaja itu pada pukul 2 pagi 15 Mac tahun ini di sebuah rumah di sebuah kampung di Tamparuli.

Kesalahan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun, serta sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 Disember untuk pengurusan kes prabicara dan memerintah lelaki itu direman lanjut sementara menunggu tarikh itu.

Timbalan Pendakwa Raya Addibah Saiful memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan akan memanggil kira-kira enam saksi untuk memberi keterangan semasa perbicaraan itu.

Lelaki itu tidak diwakili.

Dalam kes lain, seorang warga Filipina berumur 37 tahun dipenjara tiga bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Mohd Said Rosmin Abidin mengaku memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen dan dia ditangkap pada 11 November di Beaufort selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan kepada polis.

Semasa rayuan, Mohd Said memberitahu mahkamah bahawa dia telah berada di negeri ini sejak 2016 tanpa dokumen dan bekerja di sebuah ladang kelapa sawit.

Menurut Mohd Said, dia sudah berkahwin dan mempunyai empat anak.

Dia meminta supaya dihantar balik ke tempat asalnya secepat mungkin.

Pendakwaan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Mahkamah memerintah warga asing itu menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas hukuman itu selesai.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here