HEADLINES :




17 kes bunuh diri, cuba bunuh diri di Kota Kinabalu sejak 2019: Polis
Published on: Friday, November 27, 2020
By: Sherell Jeffrey
Text Size:


Habibi (keempat dari kiri) bersama pasukannya dan penderma.
Kota Kinabalu: Tujuh belas kes bunuh diri dan cubaan bunuh diri dilaporkan di Ibu Negeri sejak 2019.

Antara faktor yang membawa kepada tindakan drastik seumpamanya termasuk masalah peribadi dan isu kewangan, menurut Ketua Polis Bandaraya, ACP Habibi Majinji.

Tahun ini sahaja menyaksikan sebanyak tujuh kes bunuh diri dengan menggantung diri dan tiga cubaan bunuh diri dengan yang terbaharu membabitkan seorang gadis tanpa dokumen berumur 14 tahun yang terjun dari jambatan paip berhampiran KK Sentral Rabu lepas.

 




ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular