Belanjawan 2020 bantu rakyat bangkit: Ruslan
Published on: Sunday, November 29, 2020
Gambar: partibersatusabah.org
BEAUFORT: Belanjawan Negeri Sabah 2021 yang akan dibentang diyakini akan memberi tumpuan kepada kepada usaha membantu rakyat untuk bangkit semula selepas hidup mereka terjejas ekoran pandemik Covid-19.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, YB Hj Ruslan Muharam (gambar) berkata, usaha meningkatkan ekonomi rakyat secara menyeluruh sudah tentu akan menjadi keutamaan kerana itu merupakan asas penubuhan kerajaan Sabah sekarang.ADVERTISEMENT
Katanya, selari dengan manifesto dan janji pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, beliau percaya keperluan setiap rakyat perlu diberi perhatian terutama yang golongan petani dan nelayan di luar bandar.
Beliau yakin kerajaan melalui belanjawan yang akan dibentangkan itu akan memastikan golongan tersebut mendapat manfaat kerana perhatian khusus perlu diberi untuk industri Pertanian dan Perikanan.
Katanya, sememangnya kerajaan menyedari kehidupan hampir setiap rakyat boleh dikatakan terjejas disebabkan pandemik Covid-19 yang kesannya lebih buruk kepada golongan berpendapatan rendah seperti petani dan nelayan.
Oleh itu katanya, peruntukan melalui belanjawan itu sudah pasti akan digunakan untuk meringankan beban rakyat.ADVERTISEMENT
“Saya yakin kerajaan sedar bahawa golongan rakyat seperti petani dan nelayan adalah kumpulan yang amat tertekan disebabkan pandemik Covid-19. Sudah pasti pucuk pimpinan negeri akan mencari jalan bagi membantu mereka,” katanya pada sidang akbar selepas majlis angkat sumpah sebagai Ahli Majlis Daerah Beaufort yang diadakan di Pejabat Majlis Daerah Beaufort.
Katanya, dalam apa juga tindakan yang dilakukan oleh kerajaan kesejahteraan rakyat sudah pasti akan menjadi keutamaan lebih-lebih lagi ketika negara berhadapan dengan krisis Covid-19.
ADVERTISEMENT
Beliau berkata, melalui belanjawan yang akan dibentangkan sudah tentu setiap agensi kerajaan yang menyediakan khidmat secara langsung kepada rakyat akan mendapat peruntukan sewajarnya supaya pelbagai program dalam dilaksanakan yang akan memberi manfaat dan kesan secara langsung kepada masyarakat.
“Contohnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan kemudahan asas untuk rakyat sudah tentu akan dipertingkatkan seperti meningkatkan bekalan air bersih, membaiki paip air yang rosak, menyelenggara parit dan sungai serta membaiki jalan raya.
“Saya yakin kerajaan sentiasa sedar dan jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Air, Jabatan Parit dan Saliran serta Jabatan kerja Raya akan mendapat peruntukan mencukupi daripada Belanjawan 2021 untuk mereka melaksanakan kerja-kerja kritikal demi kesejahteraan rakyat,” katanya.
Di DUN Lumadan katanya, masalah yang kerap dihadapi rakyat seperti banjir yang memerlukan parit dan sungai diselenggara pada kadar segera sentiasa dalam perhatian kerajaan.
Di samping itu katanya, banyak jalan raya di DUN Lumadan yang perlu dinaik taraf juga dalam perhatian kerajaan dan dijangka melalui Belanjawa 2021 akan ada peruntukan bagi tujuan itu.
“Melalui Belanjawan 2021 sudah tentu setiap agensi kerajaan terbabit secara langsung dalam menyediakan kemudahan infrastruktur kepada rakyat akan mendapat peruntukan yang mencukupi supaya dapat membantu rakyat bangkit semula terutama daripada segi ekonomi selepas terjejas teruk akibat wabak Covid-19,” katanya.
Katanya, beliau yakin tidak akan ada kumpulan yang tercicir dari peruntukan Belanjawan 2021.
Selain petani dan nelayan kata, golongan peniaga kecil terutama mereka yang berniaga di tapak-tapak tamu yang mana kehidupan semakin sukar ketika ini ekoran pendapatan terjejas juga akan dibantu.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Menurut beliau, melalui Belanjawan Negeri Sabah 2021, sudah tentu ada sesuatu untuk setiap rakyat sama ada mereka petani, nelayan atau peniaga kecil dan tidak kira sama ada mereka di bandar atau yang jauh di kawasan pedalaman.
“Kerajaan sudah tentu ada sesuatu untuk setiap lapisan rakyat melalui Belanjawan 2021 bagi membantu mereka bangkit semula,” katanya.