Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


VSAT akan dipasang di Kg Gusi
Published on: Monday, November 30, 2020
By: Bernama
Text Size:

VSAT akan dipasang di Kg Gusi
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan melaksanakan penyelesaian sementara dengan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada Kampung Gusi, Ranau, Sabah melalui teknologi ‘Very Small Aperture Terminal’ (VSAT).

Dalam satu kenyataan pada Ahad,  MCMC menyatakan usaha itu telah mendapat sokongan daripada pihak Common Tower Technologies Sdn Bhd (CTT) sebuah anak syarikat milik penuh Warisan Harta Sabah Sdn Bhd, yang juga merupakan usaha tanggungjawab sosial korporat daripada pihak CTT.

Menurut kenyataan itu, MCMC amat bersimpati atas situasi yang menimpa tiga orang pelajar yang dilaporkan terjatuh, ketika menyusuri jambatan gantung untuk mendapatkan rangkaian internet bagi mengikuti kelas dalam talian di kampung tersebut baru-baru ini.

Kenyataan itu menyebut, Pengurus Besar CTT Law Chun Ming mengesahkan pemasangan VSAT tersebut akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 Disember.

“Selain itu, tiga menara telekomunikasi akan dibina berhampiran Kampung Gusi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

“Lokasi-lokasi tersebut telah dinyatakan di dalam dokumen tender yang dikeluarkan oleh MCMC pada 20 November,” menurut kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu turut menasihatkan para pelajar untuk tidak membahayakan diri, dalam usaha mencari capaian internet. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here