Kota Kinabalu: Seorang wakil rakyat di sini mencadangkan kepada kerajaan negeri dan persekutuan supaya agihan bantuan bakul makanan Covid-19 di negeri ini digantikan dengan pemberian berbentuk baucar.Pandangan itu disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut, Datuk Masiung Banah (gambar) sebagai langkah penambahbaikan bantuan berkenaan supaya dapat disampaikan dengan lebih pantas kepada golongan sasar.
“Jika cadangan itu sesuai dan boleh diterima pakai sebagai langkah baharu, penerima bantuan hanya perlu menukar baucar di pasaraya atau kedai barangan yang akan dilantik oleh kerajaan kemudian.