Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Dr Mahathir nafi rancang tubuh PN
Published on: Tuesday, December 01, 2020
By: The Star
Text Size:

Dr Mahathir nafi  rancang tubuh PN
Gambar: Bernama
PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad (gambar) secara bertulis menafikan beliau yang merancang penubuhan Perikatan Nasional, mengatakan sudah pasti beliau akan kekal sebagai perdana menteri jika begitu keadaannya.

“Jika ada sesiapa yang beria-ia merancang menubuh kerajaan PN dan keluar Pakatan Harapan (PH) sudah pasti ianya Azmin Ali dan juga Muhyiddin Yassin, yang mendapat hasil paling lumayan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pejuang Ulya Aqamah Husamudin mendesak Mohamed Azmin Ali supaya menghentikan pembohongan dan memutar belitkan fakta bahawa pembentukan Perikatan Nasional (PN) merupakan idea Dr Mahathir Mohamad.

Dalam temu bual dengan The Star Ahad lepas, Azmin mendakwa pembentukan PN adalah cetusan idea Mahathir bertujuan untuk memastikan beliau kekal sebagai perdana menteri dengan sokongan Ahli Parlimen semua parti.

“Idea Perikatan Nasional tidak lain hanyalah ‘idea nakal’ yang dirancang oleh Azmin dan Muhyiddin Yassin,” kata Ulya dalam kenyataan Ahad lepas.

Ulya berkata, Azmin memberikan maklumat bahawa terdapat plot untuk menggulimgkan Mahathir beberapa hari sebelum mesyuarat akhir Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

“Azmin beritahu akan tinggalkan mesyuarat itu jika berlaku apa-apa bagi sebagai rasa tidak puas hati.

“Bagaimanapun, PH bersetuju untuk memberikan sokongan penuh kepada Mahathir dan membincangkan rancangan untuk peralihan yang sewajarnya.”

Bekas ahli Majlis Tertinggi PPBM itu berkata, Mahathir memberi isyarat bahawa dakwaan Azmin itu adalah salah ketika mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM, dengan menyebut bahawa tidak masuk akal parti itu meninggalkan PH ketika gabungan tersebut berada di belakang perdana menteri.

Ulya mendakwa Muhyiddin masih berusaha untuk “meneruskan agendanya” dan meyakinkan Mahathir bahawa beliau masih akan mengetuai PN – gerakan yang ditentang oleh Ahli Parlimen seperti Mukhriz Mahathir dan Syed Saddiq Abdul Rahman.

“Tun (Mahathir) juga dengan jelas menyatakan bahawa beliau tidak mahu memungkiri janjinya dan tidak dapat menerima menjadi perdana menteri yang disokong oleh kleptokrat,” katanya merujuk kepada rentetan peristiwa pada Februari lepas yang membawa kepada peletakan jawatan perdana menteri dan tumbangnya kerajaan PH.

“Malangnya, Muhyiddin disokong oleh banyak orang yang ingin meninggalkan PH, termasuk pengkhianat dari ‘Muhajirins’ (bekas pemimpin Umno yang menyertai PPBM).

“Mesyuarat berakhir dengan anggota bersetuju untuk tidak meninggalkan PH dan menyerahkan keputusan kepada Tun,” katanya sambil menambah Mahathir kemudian memberitahu Muhyiddin yang merupakan presiden PPBM supaya membatalkan sebarang rancangan pertemuan dengan istana, berunding dengan “puak Azmin”, Umno dan PAS, yang dirancang tanpa persetujuan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here