Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Lima lagi kena PKPD, termasuk di Sabah
Published on: Tuesday, December 01, 2020
By: Bernama
Text Size:

Lima lagi kena PKPD,  termasuk di Sabah
Gambar: sundaily.my
Kuala Lumpur: Lima lagi kawasan baharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu masing-masing dua di Ipoh dan Sandakan manakala satu di Lahad Datu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar).

Beliau berkata di Ipoh, PKDP dikenakan di Zon A Taman Klebang Jaya dan Taman Pinji Mewah bermula hari ini hingga 14 Disember berikutan peningkatan kes positif Covid-19 melibatkan pekerja Kilang Kamaya dan Kilang Salutica.

Katanya, berdasarkan penilaian risiko yang dilaksanakan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan jangkitan Covid-19 melibatkan pekerja di kedua-dua kilang itu merebak ke kawasan tempat tinggal mereka. “Sehingga kini, kesemua 1,402 pekerja Kilang Kamaya disaring dan jumlah kumulatif kes positif yang direkodkan adalah sebanyak 228 kes dan daripada jumlah itu 110 kes positif direkodkan melibatkan pekerja yang tinggal di Zon A Taman Klebang Jaya, Ipoh.

“Sementara, hasil 737 ujian saringan dilaksanakan dalam kalangan pekerja di Kilang Salutica, 119 kes positif direkodkan dan 618 saringan masih                       menunggu keputusan. Daripada jumlah itu, 89 kes positif melibatkan jangkitan pekerja yang tinggal di Taman Pinji Mewah,” katanya pada sidang media perkembangan PKPP di sini pada Isnin.

Pelaksanaan PKPD di Zon A, Taman Klebang Jaya itu akan melibatkan 1,061 rumah dengan jumlah penduduk seramai 4,244 orang manakala di Taman Pinji Mewah membabitkan 1,430 rumah dan 44 unit kedai/pejabat dengan jumlah penduduk 5,720 orang.

Di Lahad Datu, Sabah, PKPD akan dikenakan bermula 2 hingga 15 Disember di Kampung Desa Bajau dan Kampung Dasar Baru membabitkan 914 rumah dengan jumlah seramai 4,934 penduduk.

Menurut beliau, sehingga  kini, KKM melaksanakan 665 ujian saringan dan 90 kes kumulatif Covid-19 direkodkan di kedua-dua lokaliti tersebut.

Ismail Sabri berkata tempoh pelaksanaan PKPD yang sama dikenakan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga, Sandakan dengan melibatkan 1,209 individu terdiri daripada 1,104 tahanan dan 105 kakitangan.

Pelaksanaan PKPD itu bagi membolehkan KKM terus melaksanakan saringan secara bersasar kepada semua tahanan dan kakitangan di pusat tahanan sementara berkenaan. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here