Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Meringkuk dipenjara gara-gara curi gitar
Published on: Tuesday, December 01, 2020
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Meringkuk dipenjara gara-gara curi gitar
Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Seorang lelaki Filipina berumur 24 tahun dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mencuri sebuah gitar.

Adzpar Iddin mengaku bersalah, di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, melakukan kesalahan itu pada jam 4.30 petang pada 13 November lalu di sebuah rumah kosong, Jalan Kuala Laut, Kg Likas, di sini.

Ketika mengemukakan fakta kes, pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa pemilik gitar itu membuat satu laporan polis pada 12 November, mendakwa bahawa rumahnya di Kg Likas dipecah masuk dan beberapa barangan hilang termasuk gitar itu.

Seorang lelaki, dikenal pasti sebagai Adzpar, ditangkap kemudian pada hari sama dan pada 13 November membawa polis kepada penemuan gitar itu di sebuah rumah kosong.

Pemilik gitar itu mengenal pasti gitar itu adalah miliknya berdasarkan keadaan fizikal gitar itu.

Mahkamah diberitahu bahawa Adzpar sengaja menyimpan gitar itu di rumah kosong tersebut kerana dia tahu ia gitar curi.

Tidak diwakili, Adzpar yang tidak mempunyai dokumen memohon hukuman ringan.

Mahkamah memerintahkan Adzpar menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap dan memerintahkan dia dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas itu.

Adzpar didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Kelvan Elson Maik.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here