HEADLINES :




Polis Sabah sedia untuk larangan perjalanan semula
Published on: Friday, January 08, 2021
By: FMT
Text Size:


Ketua polis negeri berkata mahu bersedia untuk sebarang kemungkinan atau keadaan.
Kota Kinabalu: Polis Sabah bersedia untuk kemungkinan pelaksanaan larangan perjalanan antara daerah susulan negeri itu merekodkan lonjakan jangkitan Covid-19 selepas tahun baharu.

Surat memaklumkan supaya semua ketua polis daerah bersedia untuk kemungkinan itu tersebar di media sosial sejak Rabu lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali mengesahkan memo itu dikeluarkan kepada daerah terbabit beberapa hari lalu.

Katanya, walaupun perintah larangan perjalanan hanya boleh dikeluarkan kerajaan, polis akan perlu bertindak pantas sebaik itu berlaku.

“Kami perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan atau keadaan,” katanya kepada FMT.

Polis di daerah terbabit diarahkan bersedia mendirikan sekatan jalan dan menyiapkan permit perjalanan, antara lain.

Larangan perjalanan antara daerah dilaksanakan di negeri itu selama dua bulan bermula Oktober tahun lalu.

Rabu lepas, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, negeri itu berkemungkinan dikenakan perintah kawalan pergerakan penuh (PKP) atau sekatan susulan lonjakan kes Covid-19 sejak tahun baharu.

Masidi berkata pihak berkuasa tiada pilihan jika bilangan kes terus meningkat di negeri itu.

Malah, katanya Sabah mungkin perlu melarang perjalanan antara negeri terutama membabitkan penerbangan jika keadaan semakin teruk. 

 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular