HEADLINES :




Tular tsunami di Sandakan berita palsu: Polis
Published on: Wednesday, January 13, 2021
By: Winnie Kasmir
Text Size:


Credit: The Star.
SANDAKAN: Masyarakat dinasihati memainkan peranan yang bijak dalam meneliti kesahihan sebarang isu-isu semasa dan elakkan menular berita tidak sahih.

Ketua polis daerah, ACP Mohd Azhar Hamin berkata, pihaknya tidak akan berkrompomi dengan mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita seperti itu dan tindakan undang-undang yang tegas akan diambil. 

Beliau mengulas pesanan suara yang tular mendakwa daerah Sandakan akan dilanda tsunami berikutan keadaan cuaca hujan yang berterusan sekarang.

Mohd Azhar berkata, pesanan suara ini telah disebarkan melalui aplikasi Whatsapp oleh individu tidak bertanggungjawab bagi mewujudkan suasana panik serta kegusaran melampau dalam kalangan masyarakat.




ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular