HEADLINES :




Penagih dadah tegar dipenjara, sebat
Published on: Wednesday, January 13, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:


Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Seorang nelayan berumur 37 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan enam bulan serta tiga sebatan dengan rotan kerana mengulangi kesalahan menagih syabu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus, mengeluarkan perintah itu kepada Shahmunirddy Sagaa yang mengaku salah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Shahmuniddy didapati menagih dadah sekali pagi pada jam 8.10 pagi, 10 Julai, 2020 selepas air kencingnya diuji positif bagi dadah itu di balai polis Kudat.

Dia mempunyai beberapa rekod sabitan bagi kesalahan sama.

Kesalahan itu termaktub di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihubukn di bawah Seksyen 39C(2)(b) Akta sama.

Ketika meminta hukuman ringan, Shahmuniddy yang tidak diwakili memaklumkan kepada mahkamah dia mempunyai enam orang adik-beradik dan ibu bapa lanjut usia.

Timbalan Pendakwaraya Awam, Mas Izzaty Lokman, menggesa mahkamah mengenakan hukuman pencegahan dengan alasan Shahmuniddy telah mengulangi perbuatan menagih syabu.

Mahkamah diberitahu bahawa Shahmuniddy ditahan polis ketika dia mengamuk.

Pada hari berikutnya, air kencingnya diperiksa dan diuji positif dadah.

Siasatan mendedahkan bahawa Shahmuniddy mempunyai beberapa sabitan bagi kes menagih dadah.

Setelah menghabiskan hukuman penjaranya, mahkamah memerintahkan Shahmuniddy diletakkan di bawah seliaan polis selama tiga tahun.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular