HEADLINES :




Pusat Khidmat Rakyat Sandakan ditutup sepanjang PKP 2.0
Published on: Thursday, January 14, 2021
By: Winnie Kasmir
Text Size:


Wong
SANDAKAN: Pusat Khidmat Rakyat P186 Sandakan yang terletak di alamat B-7-2, Tingkat 2, Bandar Letat Jaya, di sini akan ditutup sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dari 13 hingga 26 Januari ini.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP), Vivian Wong berkata, Pusat Khidmat Rakyat P186 Sandakan akan melaksanakan tugas dengan bekerja dari rumah semasa tempoh itu dan pejabatnya akan dibuka semula apabila ia dibenarkan beroperasi kelak.

Pertanyaan lanjut atau jika ada yang memerlukan bantuan berkenaan semasa tempoh penutupan pusat berkenaan, orang ramai disini masih boleh menghubungi pusat itu di talian 010-8073313.

“Dengan melihat situasi semasa Covid-19 di negara ini, saya juga menyeru semua penduduk Sandakan agar mengambil langkah yang lebih berhati-hati dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan lebih ketat lagi. Mari kita bersama-sama memastikan keluarga dan bandar kita selamat,” tambah Vivian. 




ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular