HEADLINES :




Lelaki dituduh rogol gadis bawah umur
Published on: Thursday, January 14, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:


Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 35 tahun didakwa merogol seorang perempuan bawah umur.

Rezuan Hamjah tidak mengakui kesalahan itu ketika didakwa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, pada Rabu.

Dia dituduh merogol remaja berumur 14 tahun dan sembilan bulan itu pada jam 11 malam pada 30 disember, 2020 di sebuah bilik di sebuah rumah di Kinarut, Papar.

Kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 25 Februari tahun ini untuk pengurusan kes dan memerintahkan Rezuan terus ditahan reman.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya Awam, Mas Izzaty Lokman, menolak ikat jamin untuk tertuduh dengan alasan dia didakwa melakukan satu kesalahan serius terhadap seorang perempuan bawah umur.

Mas Izzaty juga memaklumkan mahkamah bahawa Rezuan mengenali keluarga remaja yang dikatakan sebagai mangsa kerana dia tinggal di kawasan berhampiran dengan remaja perempuan itu dan bahawa wujud kemungkinan tinggi dia akan mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

Rezuan, yang tidak diwakili, memohon dibenar ikat jamin kerana dia mempunyai isteri dan lima anak, tiga daripadanya masih bersekolah.

Dia memberitahu mahkamah bahawa adik perempuannya berada di mahkamah untuk menjaminnya dan bahawa isterinya serta anak-anak mereka berada di Johor.

Rezuan juga berkata dia berasal dari Sarawak dan tidak akan mengganggu saksi.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular