HEADLINES :




Kakitangan awam mengaku terima rasuah RM169,400
Published on: Thursday, January 14, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:


Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen menetapkan 25 Februari untuk menjatuhkan hukuman terhadap seorang kakitangan awam berumur 49 tahun yang menghadapi pertuduhan menerima rasuah RM169,400 daripada seorang kontraktor.

Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat, menetapkan tarikh itu untuk Rupia @ Rubee Gindol yang menukar pengakuannya kepada bersalah.

Rupia dituduh menerima wang itu daripada Berry Yong Soon, 35, di bank CIMB di Api-Api Centre, di sini, antara 2018 dan 2019.

Pertuduhan ke atasnya menyatakan bahawa wanita itu, selaku Penolong Pembangunan Masyarakat, menerima wang itu, yang ada kaitan dengan tugasnya di Perkhidmatan Kebajikan Am.

Dia didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang ada kaitan dengan kakitangan awam menerima barangan berharga, daripada orang atau orang-orang dalam mana-mana prosiding atau urusan yang dilakukan oleh kakitangan awam itu.

Rupia boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwaraya Awam, Nartiah M. Sambatan, dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tampil mewakili pendakwaan sementara Rupia diwakili peguam Chong Kian Min.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular