Wed, 17 Apr 2024

HEADLINES :


Bekalan beras di Kunak kembali pulih
Published on: Saturday, January 16, 2021
By: Ibrahim Tabir
Text Size:

Bekalan beras di Kunak kembali pulih
STOK beras di salah sebuah pasaraya di Kunak.
KUNAK: Bekalan beras di sini kembali pulih pada Khamis selepas pihak pembekal dapat menghantar bekalan itu ke premis perniagaan termasuk pasaraya dan kedai runcit yang sebelum ini berhadapan masalah kehabisan stok.

Dua pasaraya yang menjadi tumpuan ramai di pekan Kunak kini mempunyai bekalan beras biasa yang cukup untuk menampung permintaan semasa.

Pengumuman kerajaan awal minggu ini berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula Rabu lepas menyebabkan ramai pengguna membeli barangan keperluan asas terutama beras biasa dan menyebabkan stok barangan itu habis di beberapa kedai runcit dan pasaraya di sini.

Tinjauan Harian Ekspres di dua buah pasaraya dan beberapa kedai runcit sekitar pekan Kunak pada Jumaat mendapati bekalan beras biasa kembali pulih.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here