Tiga didenda kerana miliki wang dalam akaun bank melalui penipuan
Published on: Saturday, January 16, 2021
By: Jo Ann Mool
Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Dua wanita dan seorang lelaki didenda oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat kerana memiliki wang dalam akaun bank masing-masing secara penipuan.Melissa Abu Bakar, 32, Rosmah Aziz, 33, dan Yew Min Tse, 41, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun, melakukan kesalahan itu tahun lepas.ADVERTISEMENT
Melissa diperintahkan membayar denda RM100 atau sehari penjara kerana memiliki RM8,592 dalam akaun banknya pada jam 1.54 petang, 28 Julai, 2020 di Putatan.
Rosmah, seorang tukang masak, dihukum penjara tiga hari dari tarikh dia ditangkap kerana memiliki RM1,949 dalam bank akaunnya antara 10 Oktober, 2020 dan 11 Oktober tahun yang sama di Inanam.
Pemasang alat penyaman udara, Yew, didenda RM100 atau penjara satu hari kerana memiliki RM600 dalam akaun banknya pada jam 11.21 pagi, 14 September 2020 di Sepanggar.
Dakwaan terhadap ketiga-tiga mereka secara berasingan menyatakan bahawa Melissa, Rosmah dan Yew gagal memberikan penjelasan memuaskan mengenai bagaimana mereka mendapat wang itu, yang dipindahkan ke dalam akaun bank masing-masing.ADVERTISEMENT
Ketiga-tiga mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22A (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 atau sehingga tiga bulan penjara, atau kedua-duanya sekali.
Peguam bertugas Lim Ming Zoong, mewakili Melissa, memohon hukuman denda lebih rendah dengan alasan itu adalah kesalahan pertama anak guamnya dan bahawa ketika ini dia sedang hamil lima bulan.
ADVERTISEMENT
Rosmah memaklumkan mahkamah bahawa dia telah ditahan reman sejak 12 Januari selepas dia menyerahkan diri kepada polis dan bahawa dia ketika ini tidak bekerja kerana dia telah dipecat dari pekerjaannya disebabkan kes itu.
Peguam Goldam Hamid yang mewakili Yew, juga memohon hukuman bukan penjara kepadanya dengan alasan itu adalah kesalahan pertamanya.
Inspektor Albert Basiri mendakwa.
Dalam kes lain, seorang lelaki tidak bekerja meminta dibicarakan bagi dua pertuduhan rasuah.
Jordan Chee, 20, yang dibawa ke hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie, dituduh mencuri satu barangan antik milik DD Homestay di Taman Syn Fah, Lorong Merbuk di sini antara jam 1.04 pagi dan 8.30 pagi pada 5 Disember, 2020.
Bagi pertuduhan kedua, Chee didakwa mencuri sebuah telefon bimbit bernilai RM1,800 daripada Muhammad Hafiz Ariman di kuarters Penjara, Taman Mat Salleh pada jam 9.06 petang pada 31 Disember tahun lalu.
Pertuduhan pertama itu dibuat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sambit kesalahan sementara pertuduhan kedua di bawah Seksyen 379 Kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Peguam bertugas, Lim, memohon jumlah ikat jamin lebih rendah dengan alasan dia adalah pesalah yang masih muda dan ketika ini tidak mempunyai pekerjaan.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit, mendakwa, memohon tarikh sebutan dan mencadangkan ikat jamin RM5,000 dan dua penjamin.
Mahkamah menetapkan 23 Januari dan 25 Januari untuk sebutan masing-masing bagi pertuduhan pertama dan kedua dan menawarkan Chee ikat jamin RM1,000 dan dua penjamin bagi setiap pertuduhan.