HEADLINES :




Dua lagi nelayan hilang
Published on: Sunday, January 17, 2021
By: Mardinah Jikur
Text Size:


Satu mayat yang belum dikenal pasti ditemui terapung di perairan Pulau Tambisan dekat Lahad Datu pada Jan 16, 2021. (Gambar: APMM)
SANDAKAN: Dua warga Indonesia dilaporkan hilang selepas bot nelayan mereka karam di perairan Kuala Meruap, di sini, awal pagi Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kapten Zainudin Mohd Zuki berkata mangsa adalah Andi Manso, 40, dan Sindora, 42.

Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kota Kinabalu mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 7 malam Jumaat selepas menerima maklumat berkaitan kejadian tersebut.

“Dua lagi mangsa dari bot sama – Adrian @ Agus Bahtiar, 45, dan Oyong @ Herman, 35, diselamatkan  oleh bot nelayan tempatan yang melalui kawasan tersebut sekitar jam 6.30 pagi Jumaat,” katanya dalam kenyataan, di sini, Sabtu.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular