Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Sabah FC dedah senarai pemain
Published on: Monday, January 18, 2021
By: GL Oh
Text Size:

Sabah FC dedah senarai pemain
Gambar: ms.wikipedia.org
Kota Kinabalu: Kelab Bola Sepak Sabah mengeluarkan nama 22 pemain yang akan beraksi dalam kempen Liga Super mereka bagi musim 2021. Senarai awal yang didahului oleh kapten Rawilson Batuil itu terdiri daripada nama-nama biasa dari skuad musim lalu dengan tambahan tiga pemain tempatan.

Penjaga gol Rozaimie Rohim merupakan satu-satunya pemain import tempatan yang dikekalkan oleh pengurusan dan dia akan disokong oleh Robson Rendy Rining dan pendatang baharu Joslan Aping yang sebelum ini merupakan penjaga gawang Piala Presiden musim lepas.

Rawilson sebaliknya, akan bergandingan dengan pemain import dari Korea Park Tae Su bersama-sama Jenius Karib, Randy Baruh, Dendy Lowa, Mafry Balang dan Evan Wensleu Wenceslaus di jentera pertahanan.

Bahagian tengah pula terdiri daripada pemain veteran Alto Linus, Ariusdius Jais, Sabri Sahar, Maxsius Musa, Ummareng Bacok, Azwan Fattah, Ricco Nigel Milus, Syukri Baharun, Azzizan Nordin dan Hamran Peter.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here