Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Hujan lebat bawa kemusnahan
Published on: Monday, January 18, 2021
By: Sherell Jeffrey dan Jimmy Goh
Text Size:

Hujan lebat bawa kemusnahan
JALAN runtuh dilaporkan di Kota Marudu antara Tarawas dan Marak Parak.
Kota Kinabalu: Gangguan kuasa, kekurangan bekalan air, tanah runtuh dan jalan rosak berlaku di beberapa bahagian pantai barat Sabah berikutan hujan berterusan dan angin kencang, yang diburukkan lagi oleh air pasang sejak Sabtu lepas.

Pemandu yang melalui satu jalan berdekatan Kg Tudan di Penampang terkandas apabila kerosakan tebing dilaporkan di sepanjang Jalan Kota Kinabalu- Keningau-Tenom dengan kerosakan berukuran 50 meter panjang dan empat meter lebar, Ahad.

Lintasan Resource Sdn Bhd melaporkan bahawa insiden jam 12.30 tengah hari itu membabitkan kedalaman dua hingga tiga meter, menyebabkan jalan itu tidak boleh dilalui kenderaan – semuanya akibat hujan berterusan.

Tiada kecederaan atau kerosakan kereta dilaporkan di sepanjang jalan itu, sementara pemandu dinasihatkan untuk mengambil laluan alternatif Jalan Kimanis-Keningau. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here