Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Semak SOP lokap polis, pastikan hak kanak-kanak dilindungi
Published on: Wednesday, January 20, 2021
Text Size:

Semak SOP lokap polis, pastikan hak kanak-kanak dilindungi
Credit: malaysiakini.com
Kota Kinabalu: Polis harus menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) untuk lokap dan menambah baik kemudahan termasuk CCTV, untuk memastikan hak kanak-kanak dilindungi.

Pesuruhjaya Kanak-kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata tindakan serius dan segera harus diambil untuk menangani kes rogol baru-baru ini yang membabitkan seorang remaja di dalam lokap.

Pesuruhjaya Kanak-kanak Suhakam terkejut dengan berita seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang didakwa dirogol oleh seorang tahanan lelaki di dalam lokap di sebuah balai polis di Sarawak,” katanya dalam kenyataan, Selasa.

“Kes ini membangkitkan kebimbangan mengenai kekurangan langkah dan mekanisme kerajaan untuk melindungi kanak-kanak, malah dalam tahanan.” Mengikut Akta Kanak-kanak 2001, katanya, kanak-kanak didefinisikan sebagai bawah 18 tahun.

“Pesuruhjaya Kanak-kanak juga ingin menekankan bahawa Malaysia, sebagai negara anggota Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC), mempunyai tanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak kanak-kanak.

“Berdasarkan maklumat yang diterima dari pejabat Suhakam di Sarawak, remaja terbabit telah membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, siasatan mesti dijalankan demi kepentingan remaja itu kerana perkara itu sepatutnya tidak berlaku, lebih-lebih lagi apabila kanak-kanak itu berada di bawah pengawasan pegawai penguatkuasa undang-undang.

“Sering kali, apabila kanak-kanak menghadapi konflik dengan undang-undang, terdapat kecenderungan untuk lupa hakikatnya bahawa kanak-kanak adalah mangsa terutamanya, dan penjagaan asasi untuk melindungi mereka amat diperlukan.”

Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC), katanya, akan terus membuat susulan terhadap perkara itu dan membuat syor perlu bagi memastikan hak kanak-kanak dan keselamatan mereka dilindungi.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here