Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Tanah runtuh di Taman Kinabalu dan Paitan
Published on: Thursday, January 21, 2021
By: Clarence Dol dan Mardinah Jikur
Text Size:

Tanah runtuh di Taman Kinabalu dan Paitan
TANAH runtuh di tempat letak kereta pelawat Taman Kinabalu.
RANAU: Retakan besar di tempat letak kereta Taman Negara Kinabalu yang mula-mula muncul pada November lalu mengakibatkan tanah runtuh besar pada pagi Rabu, berikutan hujan lebat berterusan.

Lokasinya di Km88 Jalan Kota Kinabalu-Sandakan membabitkan kawasan letak kereta seluas kira-kira 100 meter. Kejadian itu, bagaimanapun, tidak menghalang aliran lalu lintas dengan kedua-dua lorong masih boleh dilalui kenderaan.

Pengurus Taman Negara Kinabalu, Yassin Miki berkata, runtuhan itu berlaku dalam tiga peringkat bermula jam 10.53 malam Selasa, diikuti peringkat berikutnya pada pukul 11.45 malam dan yang terakhir pada pukul 1 pagi.

Beliau berkata perkara itu pada mulanya disedari oleh pekerja taman dan semua anggota diminta bersiap siaga. Tanah runtuh itu juga nyaris membabitkan Restoran Panataran yang terletak beberapa meter dari situ. Beliau berkata, sehingga 80 peratus kawasan tempat letak kereta itu runtuh ke lembah di bawah.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here