HEADLINES :




Penduduk Kundasang terima 10,000 buku roti
Published on: Friday, January 22, 2021
By: Clarence Dol
Text Size:


JOACHIM (empat, kanan) ketika menerima sumbangan roti tersebut.
RANAU: Sebanyak 10,000 buku roti sumbangan sebuah syarikat pengeluaran makanan diagihkan kepada penduduk lebih 100 kampung dan 26 sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kundasang Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, pihaknya mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan.

“Kami mengalu-alukan sumbangan untuk menjaga kebajikan dan keperluan rakyat di kawasan ini, khususnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa,” katanya.

Menteri Pembangunan Perindustrian itu juga berkata, sebarang bentuk sumbangan dan bantuan dapat membantu meringankan beban rakyat.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular