Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Polis ambil keterangan individu minum bir di PKRC
Published on: Friday, January 22, 2021
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:

Polis ambil keterangan individu minum bir di PKRC
HABIBI (kanan) semasa pelupusan barangan kes itu.
Kota Kinabalu: Polis telah mengambil keterangan daripada lapan individu termasuk dua wanita yang dipercayai terbabit dalam kes minum alkohol di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah Covid-19 (PKRC) Likas, dekat sini, pada Rabu.

Ketua Polis Bandaraya ACP Habibi Majinji berkata, sebaik siasatan selesai, polis akan merujukkan kes kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan selepas itu melihat sekiranya bukti cukup untuk tindakan lanjut diambil di mahkamah.

Dilaporkan pada 17 Januari, satu video berdurasi 12 saat menunjukkan sekurang-kurangnya lapan individu terbabit dalam aktiviti minum alkohol di pusat itu, menjadi isu panas apabila ia tular di media sosial.

Sementara itu, dalam operasi memantau dan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau berkata polis telah mengeluarkan kompaun kepada 1,043 individu dari 13 Oktober tahun lalu hingga Rabu lepas.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here