Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


KPM digesa teroka kaedah inklusif sampaikan pendidikan dalam talian
Published on: Saturday, January 23, 2021
Text Size:

KPM digesa teroka kaedah inklusif sampaikan pendidikan dalam talian
Gambar: Twitter.com
Kota Kinabalu: Wujud keperluan bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meneroka lebih banyak kaedah inklusif dalam menyampaikan pendidikan dalam talian kerana pelajar mengambil e-Pembelajaran ketika pandemik Covid-19.

Adun Kapayan, Jannie Lasimbang (gambar), berkata KPM harus mengambil kira pelajar di kawasan luar bandar yang tidak memiliki peranti teknologi untuk mengakses e-Pembelajaran dan menjadikan bahan pembelajaran lebih mudah diperolehi.

“Pengajaran semua subjek di semua sekolah rendah dan menengah harus dirakam dan dipancarkan menerusi saluran televisyen dan radio.

“Ini akan membolehkan pelajar belajar tanpa terbeban oleh keperluan membeli peranti tambahan. Susulan kemudian boleh dilakukan oleh guru kelas melalui WhatsApp atau emel,” kata Jannie dalam kenyataan pada Jumaat.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here