HEADLINES :




Covid-19: Sabah catat 498 kes positif baharu
Published on: Sunday, January 24, 2021
Text Size:


Gambar: Bernama
Kota Kinabalu: Sabah merekodkan 498 kes positif Covid-19 baharu pada Sabtu dengan Lahad Datu mengatasi daerah lain dengan 82 kes, disusuli oleh Kota Kinabalu dengan 49 kes.

Masidi berkata sejumlah 332 kes adalah dari saringan kontak rapat, 68 kes dari saringan bergejala, 29 dari kluster baharu dan sedia ada, 11 dari saringan kemasukan asrama pelajar sementara selebihnya dari kategori lain. 

“Satu kluster baharu dikenal pasti di Kalabakan, iaitu Kluster Kampung Bombalai, yang berpunca dari seorang pelajar Tahfiz Madrasah Sulaimanniyah di Bombalai yang diuji positif pada 16 Januari menerusi saringan bergejala,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Terdapat 16 kes kumulatif dalam kluster ini setakat ini dan saringan kontak rapat masih dijalankan.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular