Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Tiga beradik daki bukit ikuti sesi PdPR
Published on: Tuesday, January 26, 2021
By: Bernama
Text Size:

Tiga beradik daki bukit ikuti sesi PdPR
Esther bersama tiga anaknya ketika mengikuti sesi PdPR di atas bukit di Kampung Gana, Papar. – fotoBERNAMA
PAPAR: Tiga beradik dari Kampung Gana di sini memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) dengan mendaki bukit di belakang rumah mereka bagi mendapatkan capaian Internet yang lebih baik.

Tidak seperti pelajar lain yang hanya perlu membuka peranti atau komputer di rumah mereka, Joshua Emmanuel Jeffery, 12 serta dua adiknya, Jordon Emmanuel, 9, dan Joshean Emmanuel, 8, terpaksa mendaki selama 20 minit sebelum dapat memulakan sesi PdPR.

Joshua Emmanuel berkata mereka akan ditemani ibu Esther Dungin, 37, atau bapa mereka  Jeffrey Joseph, 41, dan berada di atas bukit itu kira-kira tiga jam untuk mengikuti sesi PdPR masing-masing.

“Walaupun terpaksa daki bukit tetapi seronok dengan pengalaman ini tapi kena gigitlah (serangga), saya berharap di rumah ada Internet supaya kita tidak payah lagi naik bukit. Macam hari ini saya belajar Bahasa Cina, Bahasa Malaysia dan lain-lain lagi,” katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.

Joshean Emmanuel berkata liputan Internet di kawasan rumah mereka agak lemah dan tidak memadai untuk membolehkan mereka melakukan pelbagai aktiviti PdPR.

Sementara itu, Esther berkata liputan lemah di kawasan rumah mereka tidak mampu untuk menyokong aplikasi seperti YouTube yang digunakan untuk PdPR, menyebabkan dia dan suami berusaha mengenal pasti lokasi yang mempunyai liputan Internet lebih baik.

“Kerja rumah juga dihantar menerusi e-mel jadi kalau Internet lemah memang susah untuk anak-anak siapkan kerja sekolah, mahu tidak mahu kami terpaksa cari isyarat (Internet) di atas bukit,” katanya, menambah sebelum itu dia dan anak-anak terpaksa keluar ke tepi jalan utama untuk dapatkan capaian Internet.

Katanya suaminya naik ke atas bukit itu yang terletak kira-kira 500 meter di belakang rumah mereka sebelum sesi persekolahan tahun ini bermula dalam usaha mencari isyarat Internet yang lebih baik.

“Suami cuba-cuba naik bukit cari isyarat Internet, rupanya ada, liputan juga lebih bagus jadi dibersihkan di sini dan 20 Januari (Rabu) yang lalu mula belajar di sini,” katanya yang berharap masalah capaian Internet di kampung berkenaan dapat diselesaikan segera.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here