HEADLINES :




PPM tahan kapal, juragan langgar syarat lesen
Published on: Wednesday, January 27, 2021
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:


Anggota PPM sedang mengukur mata pukat itu.
KUDAT: Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat menahan sebuah kapal nelayan tempatan dipercayai melakukan kesalahan melanggar syarat lesen di kawasan Perairan Laut Tembok pada pagi Selasa.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kudat, ASP Rizauddin Selamat berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berumur 27 tahun memiliki kerakyatan penduduk sementara negara ini yang merupakan juragan kapal tersebut.

Rizauddin berkata, pada kira kira jam 7.25 pagi, semasa menjalankan tugas rondaan Ops Benteng Covid 19, Botronda PPM Kudat telah mengesan sebuah kapal nelayan tempatan yang sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat mata keroncong kurang 38 milimeter di kawasan Laut Tembok.

Katanya, pemeriksaan pada kapal mendapati terdapat hasil tangkapan laut pelbagai jenis dengan anggaran berat kira kira 14 Kilogram menggunakan pukat berkenaan.

“Nilai keseluruhan rampasan dan kompaun beserta dua gulung pukat keroncong dianggarkan bernilai RM6,966.

 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular