Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki rogol anak kena 20 tahun, 15 sebatan
Published on: Friday, February 19, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Lelaki rogol anak kena 20 tahun, 15 sebatan
Malaysia Kini foto
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 54 tahun yang merogol anaknya yang berusia 13 tahun, dipenjara 20 tahun dan dikenakan 15 sebatan rotan.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah kepada tuduhan terhadapnya pada Khamis.

Tertuduh telah merogol remaja itu pada pukul 2 pagi 5 Disember 2020 di sebuah rumah di Kudat.

Dia melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun, serta sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya, lelaki yang tidak diwakili itu, meminta hukuman ringan dengan mengatakan dia perlu menjaga empat anak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan atas sebab lelaki itu telah melakukan satu kesalahan berat.

Mahkamah mendengar bahawa mangsa membuat laporan polis pada 6 Disember 2020 terhadap lelaki itu, mendakwa dia telah dirogol oleh bapanya.

Tertuduh kemudian ditangkap dan siasatan mendedahkan bahawa semasa mangsa sedang tidur di dalam bilik, bapanya masuk dan merogol remaja itu.

Mangsa cuba melawan tetapi tidak berdaya.

Siasatan juga mendedahkan bahawa lelaki itu telah bercerai dengan ibu mangsa dan remaja itu dijaga oleh neneknya, tetapi tertuduh sentiasa meminta mangsa kembali ke rumahnya.

Mangsa dihantar ke Hospital Likas dan laporan perubatan mengesahkan bahawa terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here