HEADLINES :




Kes jurutaip dituduh tipu 127 orang ditangguh
Published on: Tuesday, February 23, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:


Malaysiakini foto.
Kota Kinabalu: Kes seorang jurutaip berumur 35 tahun yang didakwa menipu RM5,334 daripada 127 orang berhubung surat yang dialamatkan kepada seorang bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk menyokong permohonan mereka mendapatkan “permit masuk” dan untuk menukar dokumen IMM13 menjadi MyPR, dijadual semula kepada 25 Februari.

Kes Rohani Mohd Ismail sepatutnya dijadualkan untuk pengurusan ke pra perbicaraan (PTCM) untuk menetapkan tarikh perbicaraan pada Isnin di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun tetapi PTCM itu ditangguh kepada 25 Februari.

Rohani didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.30 petang, 22 November, 2018 di Areney Enterprise, Jalan Haji Yaakob di Kg Air, di sini.

Dakwaan itu menyatakan bahawa Rohani didakwa menaip 127 pucuk surat yang dialamatkan kepada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman, untuk memohon sokongan bagi meluluskan pendaftaran permit masuk dan kad MyPR.

Dakwaan itu turut menyatakan bahawa Rohani didakwa menipu orang-orang itu dengan membuatkan mereka percaya bahawa surat permohonan seumpamanya boleh menukar dokumen IMM13 kepada MyPR yang mendorong mereka yang didakwa sebagai mangsa untuk membayar RM42 bagi setiap permohonan.

Menurut pertuduhan itu, Rohani didakwa mendapat keseluruhan RM5,334 daripada 127 orang pada hari itu.

Dakwaan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara satu dan 10 tahun, dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Rohani pada awalnya didakwa dengan kesalahan itu pada 17 April, 2019 di sebuah Mahkamah Majistret lain di mana dia meminta dibicarakan.

Pada 15 Mei, 2019, ketika pengurusan kes, Rohani dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh mahkamah itu kerana dokumen bagi perbicaraan tersebut belum tersedia.

Pada 11 Jun, 2019, Rohani didakwa semula di Mahkamah Majistret dengan pertuduhan sama di mana dia mengaku tidak bersalah dan sejak itu dibebaskan dengan jaminan RM2,000 serta dua penjamin.

Tertuduh diwakili peguam Farazwin Haxdy.

Dalam kes lain, dua lelaki dipenjara tujuh bulan setiap seorang kerana menagih dadah.

Mansur Baba dan Mullyr Pulalon, mengaku bersalah, di hadapan Majistret Jessica, melakukan kesalahan itu di sini pada masing-masing 13 September dan 19 September, 2020.

Dakwaan terhadap mereka menyatakan bahawa mereka masing-masing diuji positif bagi syabu dan amfetamin.

Mansur dan Mullyr didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau sehingga dua tahun penjara, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Mansur diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman sementara Mullyr diperintah dirujuk kepada Jabatan Imigresen, selepas itu.

Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit mendakwa. 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular