Tue, 23 Apr 2024

HEADLINES :


Bekas pengurus ladang Felcra mengaku tidak salah pecah amanah
Published on: Wednesday, March 03, 2021
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Bekas pengurus ladang Felcra mengaku tidak salah pecah amanah
SHAHRUL (tengah) diiring oleh pegawai SPRM selepas prosiding.
SANDAKAN: Seorang bekas pengurus ladang Felcra mengaku tidak bersalah terhadap enam tuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM20,999.44 antara Ogos hingga Disember 2018.

Shahrul Nazim Mustapa, 39, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Khas Rasuah, Abu Bakar Manat.

Bagi pertuduhan pertama, Shahrul didakwa melepaskan dengan curangnya Wang Tabung Bagi Kerja-Kerja Urus kendali Felcra Estet Pertama berjumlah RM2,830.92 melalui cek Maybank Islamic pada 6 Ogos 2018.

Bagi pertuduhan kedua hingga keenam, Shahrul didakwa melakukan kesalahan serupa iaitu melepaskan wang tabung berjumlah RM1,978.04 pada 6 September, RM2,642.20 pada 5 Oktober, RM3,465.22 pada 7 November, RM4,461.26 pada 13 Disember dan RM5,621.80 pada 31 Disember, kesemuanya pada tahun sama. Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Pejabat Felcra Bhd di sini.

Kesemua pertuduhan didakwa di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan boleh dihukum di bawah Seksyen 406 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Abu Bakar menetapkan 8 April sebagai tarikh sebutan semula dan pengurusan kes itu.

Abu Bakar juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi semua pertuduhan dengan deposit RM5,000 dan seorang penjamin tempatan sementara menunggu tarikh bicara.

Syarat tambahan juga ditetapkan iaitu tertuduh perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap dua bulan,  pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak boleh mengganggu saksi kes.

Pegawai Pendakwa SPRM Clementine Severinus mengendalikan pendakwaan kes sementara peguam Hamida Ambo mewakili tertuduh.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here