Thu, 18 Apr 2024

HEADLINES :


Wanita didakwa salah guna wang pelanggan 
Published on: Friday, March 05, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Wanita didakwa salah guna wang pelanggan 
Gambar: malaysiakini.com
Kota Kinabalu: Seorang wanita berumur 27 tahun didakwa atas tuduhan menyalahgunakan kutipan wang daripada pelanggan berjumlah RM2,388.

Nor Cimah Geni mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, kepada dua tuduhan terhadapnya.

Bagi tuduhan pertama, Nor Cimah didakwa menyalahgunakan RM1,738 iaitu wang kutipan daripada Azmin Yap, antara 28 Otkober 2017 dan 20 Mac 2018 di Syarikat Masbumi Sdn Bhd di Alamesra, di sini.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama dengan menggunakan wang kutipan RM650 daripada Alice Japlin, untuk kegunaannya sendiri pada 6 Mac 2018 di tempat sama. Kesalahan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun, serta denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 1 April untuk pengurusan kes dan melepaskan Nor Cimah dengan ikat jamin RM2,000 dan dua penjamin tempatan.

Inspektor Kelvan Elson Maik hadir untuk pendakwaan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here