Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Liga Super: Sabah FC harap bawa pulang mata malam ini
Published on: Saturday, March 06, 2021
By: Bernama
Text Size:

Liga Super: Sabah FC harap bawa pulang mata malam ini
KOTA KINABALU: Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) berharap membawa pulang sebarang mata dalam perlawanan pertama Liga Super 2021 malam Sabtu menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.

Ketua Jurulatih Sabah FC Kurniawan Dwi Yulianto berkata perlawanan menentang Melaka United malam ini bukanlah sesuatu yang mudah terutama ketika pemain import pasukan itu masih belum pasti dapat diturunkan atau tidak.

“Setiap pertandingan, terutamanya pertandingan pertama adalah amat sukar kerana rancangan yang sudah dirancang kadangkala harus bertukar ke Plan B.

“Bukan itu sahaja, pemain import belum pasti dapat diturunkan kerana terdapat banyak regulasi yang perlu dijalankan untuk ke Malaysia,” katanya dalam temu bual yang dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Sabah FC, Sabtu.

Empat pemain import Sabah FC ialah Saddil Ramdani (Indonesia), Sam Johnson (Liberia), Risto Mitrevski (Macedonia) dan Levy Madinda (Gabon), bagaimanapun media sebelum ini melaporkan Sabah FC masih menunggu kebenaran Kementerian Kesihatan untuk pemain itu beraksi kerana masih dikuarantin.

Kurniawan berharap agar pemain tempatan Sabah tidak mudah berputus asa dan terus bermain seperti yang telah dirancang mereka pada malam Sabtu.

Katanya, beliau percaya pemain tempatan yang sedia ada dapat melakukan sesuatu, malah ketiadaan pemain import mampu memotivasikan mereka untuk bermain dengan lebih baik.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here